Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut: Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggu...
Dah lama aku x update blog nie.....sibuk sangat. Alhamdulillah semua nya dah selamat......Putera keduaku telah selamat ku lahirkan pada 29.11.2011 sama bulan dengan Putera sulungku.... Ahmad Aziman Azeem nama yang dipilih bersama dengan suamiku yang tercinta.... Sekarang aku berpantang di Kuantan.......Tinggal lah Rumah aku di KL selama aku berpantang di sini....Sedih gak kan.